Selasa, 3 April 2018

Hello April!

Alhamdulillah, beralih ke bulan April sudah!
Next month dah masuk Ramadhan, dah habis ganti puasa semua?
=p

Bulan April ni, memang Mami kopak la jadinya. Dengan birthday si bapak awal bulan, lepas tu hujung bulan menyusul pula birthday anak pertama dan kedua. Yang anak-anak dah siap request dah nak kek apa untuk birthday masing-masing walaupun makan kek tak seberapa pun.

Semalam, sambut birthday Azreen lagi untuk kali kedua sebab sebelum ni dah sambut birthday dia dengan Abah time ke Sungkai. Rasa macam tak best pula combine birthday dia dengan abah sekali. So, semalam, kita sambung dengan famili kecil kita ajalah.

Fikir punya fikir, tempat mana yang sesuai untuk bawa budak-budak ni, tempat yang tak jauh, tak  berantakan, boleh balik cepat ke rumah, so kita tuju ke Nom ajelah di Mesa Mall since kat sini pun ada kek. Beli sepotong kek aje, kita share makan berlima.


Menu, dah tentu lah healthy food for birthday boy! Haha. Besday makan sandwich je.

Since kat sini ada family card and board games disediakan, so budak-budak ni dapatlah bertenang dalam setengah jam duduk diam-diam.

Happy birthday suami ;) 1 4 3 as always.  Awak jaga saya baik-baik, saya jaga awak balik ye! Haha. Ok dah. Cukup lah wish camtu je kat sini.

Hai adik! Budak senang handle tak banyak ragam. Tapi kalau kau usik dia, memang dia balas tak ingat punya. Si Reezqy selalu kena. Haha.

One happy family celebrating Dedi's birthday at Nom! 
Happy birthday Dedi!
Semoga Allah swt rahmati dan lindungi awak selalu untuk kami semua, Insha Allah.
1 4 3 2 4
=)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan